Saturday, October 17, 2009

1Malaysia di Bagan Pinang

Alhamdulillah Bagan Pinang kembali aman sentosa. Pengundi telah bersuara dengan jelas dan lantang sekaligus menghantar isyarat pada PAS dan PKR bahawa Bagan Pinang bukan tempat untuk mereka pengaruhi dengan taktik pengganas ala gerilya mereka.

Violence is the last refuge of the incompetent. And the people of bagan Pinang khususnya dan telok kemang amnya just don't believe in violence.

Demografi di bagan Pinang yg berbilang kaum bolehlah dianggap spt model kecil utk negara Malaysia (cuma peratusan penduduk India dan cina terbalik-yg mana India lebih ramai). Keputusan prk di bagan Pinang jelas menunjukkan formula 1 Malaysia yg didukung oleh BN lah yg boleh diterima oleh segenap golongan masyarakat.

Friday, October 9, 2009

Nak undi siapa?

BN merupakan parti yg terbaik untuk memperjuangkan hak semua rakyat bagan Pinang khususnya dan Malaysia amnya kerana parti komponen BN sentiasa memahami dan menghormati agama, bangsa dan budaya masing-masing. Atas dasar yang sama juga Perlembagaan Malaysia digubal.

Tidak seperti komplot pembangkang yang munafik lagi hipokrit. Mana mungkin PAS yg kononnya ingin menubuhkan Negara islam bersekongkol dengan DAP yg menjawab dgn kata-kata "langkah mayat kami dulu".

DAP yg sama juga menyokong musuh negara iaitu chin peng, si pembunuh utk diterima masuk ke Negara ini.

PAS Hipokrit

PAS begitu ghairah menuduh UMNO tidak Islamic. Dengan tuduhan rasuahnya, zalimnya malah tuduhan kafir juga dilemparkan pada UMNO. Tapi pada masa yang sama mereka bersekongkol dan berpeluk-pelukan dengan Bapak Penyalahguna Kuasa yang telah didapati bersalah oleh mahkamah dan dipenjarakan, yang disahkan oleh mahkamah sebagai seorang peliwat. AS juga bekerjsama dengan DAP yang pastinya diterajui oleh orang yang mengikut takrif mereka sendiri sudah tentunya kafir.

Bagaimana mungkin PAS yang sebegini boleh dipercayai.

Friday, October 2, 2009

Masihkah Kau Ingat..


Pas kini mempunyai 83 Ahli Dewan Undangan Negeri dan 23 Anggota Parlimen.

Selain itu, jika sebelum ini hanya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sahaja akan hadir sebagai Menteri Besar, tetapi kali ini beliau akan diiringi oleh dua orang lagi bertaraf Menteri Besar iaitu Azizan Abdul Razak (Kedah) dan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (Perak).

Namun begitu dalam keghairahan mereka menyambut kemenangan di luar jangkaan pada pilihan raya umum lalu, ahli-ahli Pas juga harus memahami bahawa prinsip perjuangan mereka semakin terhakis.