Sunday, July 25, 2010

Cabaran zaman cyber

Sedarkah kita bhw anak-anak belajar melalui proses meniru. Kalau dulu anak-anak meniru ibubapa mereka, org tua mrk dan idola mereka yg mereka lihat secara langsung tanpa ada pengaruh luaran spt tv, radio atau internet. Maka itu idola mrk adalah ibu Bapa, guru, Ketua kg, tok penghulu, ustaz dan sheikh agama yg bebas dari anasir barat yg kuning.

Sedarkah juga kita bhw zaman ini, brp ramai anak yg meniru dari internet tanpa selia atau kawalan dr ibu bapa/org tua?

Sedarkah kita jika tak dijaga periksa, tanpa Ada org yg menyatakan kpd anak-anak ini bhw "yg ini baik, yg itu salah.. Islam sebenarnya begini bukan spt yg dikatakan dlm internet itu.., kefahaman  mrk itu tidak tepat" dsgnya- maka apa shj yg dibaca dan tonton oleh anak kita itu adalah benar dan normal pd mrk. Maka ianya akan menjadi ilmu dan anutan mrk.

Jgn biarkan kain putih diconteng bebas oleh musuh Islam tanpa sebarang perisai didikan ilmu aqidah yg benar-benar kukuh dan kuat.

Siapakah yg lebih mrk kenal?

Rasulullah atau justin bieber?

Saidina Ali atau lionel messi?

Al Quran atau The Twilight Saga?

Mungkin perbandingan sedemikian boleh menjadi kayu ukur kasar sbg titik mula.



  

Saturday, October 17, 2009

1Malaysia di Bagan Pinang

Alhamdulillah Bagan Pinang kembali aman sentosa. Pengundi telah bersuara dengan jelas dan lantang sekaligus menghantar isyarat pada PAS dan PKR bahawa Bagan Pinang bukan tempat untuk mereka pengaruhi dengan taktik pengganas ala gerilya mereka.

Violence is the last refuge of the incompetent. And the people of bagan Pinang khususnya dan telok kemang amnya just don't believe in violence.

Demografi di bagan Pinang yg berbilang kaum bolehlah dianggap spt model kecil utk negara Malaysia (cuma peratusan penduduk India dan cina terbalik-yg mana India lebih ramai). Keputusan prk di bagan Pinang jelas menunjukkan formula 1 Malaysia yg didukung oleh BN lah yg boleh diterima oleh segenap golongan masyarakat.

Friday, October 9, 2009

Nak undi siapa?

BN merupakan parti yg terbaik untuk memperjuangkan hak semua rakyat bagan Pinang khususnya dan Malaysia amnya kerana parti komponen BN sentiasa memahami dan menghormati agama, bangsa dan budaya masing-masing. Atas dasar yang sama juga Perlembagaan Malaysia digubal.

Tidak seperti komplot pembangkang yang munafik lagi hipokrit. Mana mungkin PAS yg kononnya ingin menubuhkan Negara islam bersekongkol dengan DAP yg menjawab dgn kata-kata "langkah mayat kami dulu".

DAP yg sama juga menyokong musuh negara iaitu chin peng, si pembunuh utk diterima masuk ke Negara ini.

PAS Hipokrit

PAS begitu ghairah menuduh UMNO tidak Islamic. Dengan tuduhan rasuahnya, zalimnya malah tuduhan kafir juga dilemparkan pada UMNO. Tapi pada masa yang sama mereka bersekongkol dan berpeluk-pelukan dengan Bapak Penyalahguna Kuasa yang telah didapati bersalah oleh mahkamah dan dipenjarakan, yang disahkan oleh mahkamah sebagai seorang peliwat. AS juga bekerjsama dengan DAP yang pastinya diterajui oleh orang yang mengikut takrif mereka sendiri sudah tentunya kafir.

Bagaimana mungkin PAS yang sebegini boleh dipercayai.

Friday, October 2, 2009

Masihkah Kau Ingat..


Pas kini mempunyai 83 Ahli Dewan Undangan Negeri dan 23 Anggota Parlimen.

Selain itu, jika sebelum ini hanya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sahaja akan hadir sebagai Menteri Besar, tetapi kali ini beliau akan diiringi oleh dua orang lagi bertaraf Menteri Besar iaitu Azizan Abdul Razak (Kedah) dan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (Perak).

Namun begitu dalam keghairahan mereka menyambut kemenangan di luar jangkaan pada pilihan raya umum lalu, ahli-ahli Pas juga harus memahami bahawa prinsip perjuangan mereka semakin terhakis.

Saturday, September 26, 2009

Pas Menyalahgunakan Islam Untuk Kepentingan Politik dan Peribadi - Mata Pena Bagan Pinang

Posted on 24 September 2009. By Mata Pena Bagan Pinang

"Saya telah lama berminat mengkaji perkembangan politik dunia, terutamanya dunia Islam. Saya mendapati bahawa kebanyakkan parti politik yang menggunakan perkatan ‘Islam’ sebenarnya berbuat demikian atas kepentingan politik mereka. Justeru, saya begitu berharap agar perkataan ‘Islam’ pada parti politik diharamkam apabila Majlis Raja-Raja Melayu membincangkan usul ini tidak lama dulu.

PAS (Parti Islam Se Malaysia) sengaja menggunakan perkataan ‘Islam” pada nama partinya walaupun ia bukanlah sebuah parti yang memperjuangkan Islam. Pas mengamalkan dasar yang bertentangan dengan Islam. Diantara fatwa yang dikeluarkan oleh Pas ialah penyokong UMNO akan masuk ke neraka. Setahu saya urusan siapa yang masuk ke syurga ialah urusan Allah swt. Apabila pemimpin PAS mengatakan bahawa penyokong UMNO akan masuk ke neraka, ini menunjukkan bahawa mereka telah mengambil alih tugas Allah swt. Maka dengan ini mereka telah menjadi syirik kerana meletakkan diri mereka setaraf dengan Allah swt.

Siapa wajar jadi wakil DUN Bagan Pinang?

"..Government of the people, by the people, for the people, shall not perish from the Earth." Abraham Lincoln

Begitu jugalah halnya dengan pemimpin atau wakil bagi sekelompok masyarakat itu. Dalam konteks DUN Bagan Pinang, pemimpin yang bakal dicalonkan wajarlah dari kalangan rakyat setempat, dipilih oleh rakyat setempat, untuk rakyat setempat.

Pemuda Telok Kemang berpendapat bahawa pemimpin itu wajarlah seseorang yang disenangi oleh pengundi khususnya penduduk DUN Bagan Pinang. Hasil perbincangan dikalangan pemimpin-pemimpin Bahagian Telok Kemang dan DUN Bagan Pinang khususnya telah menamakan Tan Sri Isa Samad, berpadanan dengan jasa dan pengalaman beliau di Telok Kemang dan Negeri Sembilan sebagai calon yang paling layak. Kesetiaannya pada parti dan perjuangan parti juga sudah jelas terbukti.

Jika tidak beliau siapa lagi? Kita harus ambil maklum tentang sentimen rakyat Bagan Pinang. Lebih-lebih lagi ini PRK DUN, bukannya Parlimen. Sentimen politik pusat/nasional tidak semestinya sama dengan politik akar umbi. Jika tidak TS Isa, siapa lagi yang lebih layak?

Thursday, September 24, 2009