Saturday, September 26, 2009

Pas Menyalahgunakan Islam Untuk Kepentingan Politik dan Peribadi - Mata Pena Bagan Pinang

Posted on 24 September 2009. By Mata Pena Bagan Pinang

"Saya telah lama berminat mengkaji perkembangan politik dunia, terutamanya dunia Islam. Saya mendapati bahawa kebanyakkan parti politik yang menggunakan perkatan ‘Islam’ sebenarnya berbuat demikian atas kepentingan politik mereka. Justeru, saya begitu berharap agar perkataan ‘Islam’ pada parti politik diharamkam apabila Majlis Raja-Raja Melayu membincangkan usul ini tidak lama dulu.

PAS (Parti Islam Se Malaysia) sengaja menggunakan perkataan ‘Islam” pada nama partinya walaupun ia bukanlah sebuah parti yang memperjuangkan Islam. Pas mengamalkan dasar yang bertentangan dengan Islam. Diantara fatwa yang dikeluarkan oleh Pas ialah penyokong UMNO akan masuk ke neraka. Setahu saya urusan siapa yang masuk ke syurga ialah urusan Allah swt. Apabila pemimpin PAS mengatakan bahawa penyokong UMNO akan masuk ke neraka, ini menunjukkan bahawa mereka telah mengambil alih tugas Allah swt. Maka dengan ini mereka telah menjadi syirik kerana meletakkan diri mereka setaraf dengan Allah swt.



Pas juga pernah mengeluarkan fatwa bahawa UMNO kafir kerana berbaik dengan kaum lain di dalam MIC dan MCA. Justeru mereka pernah mengatakan bahawa haiwan peliharaan yang disembelih oleh orang-orang UMNO haram dimakan. Inilah fahaman songsang yang telah dibawa ole PAS kerana mereka beranggapan bahawa orang-orang Melayu tidak berilmu dan senang diperbodohkan.

Teringat saya pada sebuah hadis daripada Aisyah R.A. “ Hubungan itu digantungkan pada arasy. Barangsiapa yang menyambungnya, maka Allah akan menyambungnya. Barang siapa yang memutuskan, maka Allah akan memutuskannya.” Hadis ini dengan jelas mengajak umat Islam supaya berbaik diantara satu sama lain.

Pas juga pernah menganjurkan supaya salam orang-orang UMNO tidak perlu dijawab. Saya pernah beberapa kali mengalami peristiwa dimana salam yang saya beri tidak dijawab oleh sesama bangsa dan agama. Ketika itu saya berasa sangat terhina tetapi saya masih boleh tersenyum kerana menyedari bahawa saudara Islam saya itu tidak mempunyai pengetahuan yang cukup tentang kesucian agama Islam.

Sabda Rasulullah saw “ orang yang memulakan memberikan salam adalah terlepas daripada sifat sombong dan takbur” (riwayat Al-Baihaqi dan Al-Khatib)

Hari ini Pas bersekongkol dengan DAP dan PKR. Mereka telah berjaya menubuhkan kerajaan di Selangor. Tidak lama selepas mereka memerintah Selangor, pemimpin-pemimpin DAP telah menyuarakan rasa kurang senang orang bukan Islam di negeri itu apabila laungan azan berkumandang di masjid-masjid. PAS hanya membisu seribu bahasa kerana nak jaga hati kawan. Inikah parti politik Islam? Ternyata bahawa PAS telah menjual agamanya.Di dalam sebuah hadis Rasulullah saw berpesan;

Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang umatku di satu masa fitnah yang datangnya seperti kepingan hitam di malam gelap gelita.Sahabat lalu bertanya “Apakah fitnah itu, ya Rasulullah?”

Rasulullah saw lalu menjawab “ Fitnah itu adalah kamu akan melihat umatku di hari itu, pada pagi hari ia Islam, petang kafir. Petang ia Islam, pagi kafir semula.”
Sahabat lalu bertanya lagi “Mengapa begitu, Ya Rasulullah?”
Jawab Rasulullah saw “Sebab dia jual agamanya dengan nilai dunia”

No comments:

Post a Comment